bagaimana nak bersangka baik??


Apabila tiba di satu tempat temujanji, anda cuba call kawan anda, tapi telefon tak masuk-masuk.

Selepas 10 minit, masih tak masuk. Minda anda mula melayang - mengapa dia mungkir janji?

Baik saya balik saja tak perlu tunggu, biarkan dia merana kerana datang lambat?
...
Mengapa saya buat benda bodoh seperti ini kalau dia tidak tahu menghargai?

Minda melayang sehingga emosi terganggu - tetiba kawan baik muncul datang tercungap-cungap - mohon maaf, kata ada emergency di rumah tadi, handphone pula habis bateri, membuatkan anda merasa diri anda penting...

Masa yg dihabiskan untuk melayan minda melayang tadi untuk apa?

Sama juga dengan org yg diharapkan tidak mengingati hari jadi anda. Kadangkala tiada bersebab, mereka hanya lupa kerana kesibukan keluarga dan kerja. Itu sahaja, tak perlu tafsir lebih daripada yang sepatutnya sehingga mengganggu emosi kita.

Ingatlah, manusia sentiasa mempunyai kecenderungan untuk bersangka buruk, walaupun pada org terdekat dan tersayang.

Jadi, jagalah minda anda daripada melayang, dan menafsir berlebihan. Ini perlukan kesedaran dan latihan, kerana org yg melayan minda melayang biasanya akan terlupa diri berada di mana - anda akan kelihatan seperti termenung sesuatu dan tetiba tersedar ke alam realiti.

Bersangka baiklah selalu, bukan demi sesiapa, tapi untuk diri dapat bersenyum sentiasa. Apabila senyum, segalanya ok.

Comments