Berfikiran negative itu perlu tapi....
Berfikiran negative tu perlu tapi jangan lah terlalu di ikutkan selalu . kerana ia boleh mengundang satu suasana yang tidak elok bahkan boleh memusnahkan hubungan baik dari keluarga hinggalah masyarakat,
Anak tak tegur mak,mak pula tak tegur ayah. Ni dari punca bersangka buruklah. Besangka buruk juga boleh mencetus satu tingkah laku yang kita berhati-hati, tapi mesti kena pada tempat. Umpama seorang wanita yang diekori oleh seorang lelaki dari belakang, wanita tersebut perlu bersangka buruk untuk memastikan dirinya selamat.
Satu lagi kalau kita Nampak orang buat maksiat depan mata takkan nak fikir baik juga, dalam islam haram tetap haram . suami isteri ada tempat nya untuk beradu kasih tapi yang lain2 ni semacam je tengok..
Bersangka baik pula amat perlu kerana siapa tahu di balik perlakuannya ada yang kita tak tahu , umpama mereka yang memandu kereta terlalu laju,,mungkin mereka ada masalah mahu ketandas hehehhe ataupun mempunyai kecemasan, janagn lah kita terus memaki hamun dan akhirnya kita tension sendiri je..hhehehehhe
Bersangka baik pada anak-anak dan membimbing mereka jika ada silap. Kadang-kadang sikap ibu bapa yang suka main terjah saja membuatkan anak-anak bersikap kurang hormat, tangani ia dengan bijak agar institusi keluarga tidak terjejas,
Berfikiran positif boleh meredakan rasa marah, geram atau seangkatan dengannya, jadi apa lagi fikir sebelum bertindak agar tidak memakan diri... selamat beramal..

Comments