permata untuk isteri

lagu permata untuk isteri (kopratasa)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami,
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku,

bila dengar lagu ni sentiasa bersemangat kembali untuk melihat  wanita faham erti sebenar kehidupan,, tak salah untuk seorang lelaki untuk memahami anda,,tapi anda pun perlulah memahami sesama nya,, kerna bukan mudah hidup ini,, macam aku ,,aku tak kisah,,aku cuba buat yg terbaik,,tapi tu lah,, hidup ni banyak perkara yang perlu ditempuh,, kadang-kadang ada perkara yang perlu didahulukan,  jika ada rezeki tak kemana,, susah apa itu susah.... kenapa orang yang sudah biasa susah dapat biasakan diri kat mana pun dia berada ,, sebab dia dah biasa susah, tak kira macam mana pun dia boleh berjimat, berfikir bagaimana nak cari rezeki, tapi bila sudah biasa senang ,bukan mudah bagi dia untuk hidup susah,,kecuali dia seorang yang berani untuk berdikari, kadang-kadang tanpa kita sedari kita sering mengatakan yg kita ni susah,, tapi pernah tak kta terfikir ada yang menjalani hidup lebih sukar dari kita,

salah satu sifat yang perlu ada pada lelaki adalah berfikr dan terus berfikir untuk menjana pendapatan untuk memberi sesuap nasi kepada insan yang berada dalam keluarga, bukan mudah bagi seorang lelaki sebenarnya. itulah kadang-kadang wanita tidak nampak apa yang lelaki cuba lakukan, rasa tanggungjawab tu perlu ada pada setiap lelaki, jarang sekali lelaki meminta balasan kembali dengan apa yang diberi kerana seorang lelaki sudah cukup bahagia kalau ada penghargaan dari seorang insan yang disayangi dengan sedikit pengertian dan perhargaan dari wanita ke atas lelaki tersebut,

pernah tak kita terfikir apa rasa seorang ayah apabila pulang kerumah , rasa ilang segala keletihan melihat anak-anak bermain menyambut kepulangan ayahnya,, dan isteri menyambut tangan si suami  dengan senyuman yang paling manis, saat bahagia itu lebih bermakna...

mengapa tidak seorang perempuan itu memupuk sifat yang sepatutnya,, tak salah untuk kta belajar menjadi lebih matang , untuk belajar erti kehidupan yang sebenar,,,,,

Comments

Post a Comment