teringat cinta muslim kepada yang bukan muslim...


Teringat aku pada satu ceramah AL-QULLIYAH tentang CINTA remaja, masa tu panel dia adalah ustaz dr  badrul amin (ex pensyarah undang2 UIAM) dan ustaz taib azamuddin (ex imam besar masjid Negara)
Ada satu pertanyaan tentang bagaimana percintaan seorang islam dengan seorang yang bukan islam,,

Jawapan  dr badrul amin : percintaan dua benua, percintaan dua bangsa, mari kita melihat lebih mendalam,jangan kita ambil jalan mudah, setelah islam, apakah islam itu hanya untuk berkahwin, apa jadi jika perkahwinannya tidak menjadi, ketika cinta memang segala nya indah, berat sama dipikul , setelah perkahwinan, berlaku masalah perkahwinan tidak mendatangkan kebahagiaan, malah akan timbul masalah murtad , imej islam, imej bangsa, dua agama yang berbeza, Cuma nak dinyatakan memang benar berdakwah melalui islam,berlaku juga ORANG MEMELUK ISLAM  . persoalannya ADAKAH KITA INI MAMPU MEMBIMBING DIA MENJADI BENAR-BENAR KUAT ISLAM NYA, hingga tidak akan goyang islam pasangan tersebut.tidak akan memburuk kan islam dan bangsa kekasihnya tadi.

JAWAPAN USTAZ TAIB AZAMUDDIN : bagi saya kita ambil yang positif ,seseorang muslim jika dia terasa dia nak bercinta dan berkahwin dengan orang yang bukan islam, pertama sekali dia harus memperkukuhkan diri dia, kerana tidak salah untuk dia bercinta kalau dia mengambil sikap ia salah satu method untuk dia memperkenal kan islam dan ingin berdakwah pada orang yang dia cintai itu .. tetapi jika dia hanya  nak bercinta dan ingin cinta, tanpa mempersiapkan diri dia sendiri , dan dia sendiri tidak mampu memperkenalkan islam itu pada orang yg dicintai , bukan orang yang dicintai saja yang boleh ditarik malah dia sendiri akan ditarik oleh pasangan tersebut. Bagi saya bagi  seorang bapak jika berlaku perkara ini , beberapa factor ini perlu ibu bapa kita teliti, ,,, jika kita melihat anak ita seorang yang kuat imannya kuat akidahnya, maka kita berilah dorongan supaya anak kita meneruskan niat dia ,,tetapi jika anak kita tidak cukup kekuatan maka kita persiapkan anak kita itu dengan kekuatan tersebut .katalah jika berlaku perkahwinan, kita jangan lupa islam menerima ,kahwin kacukan ini adalah salah satu daripada rangsangan kepintaran daya IQ yang tinggi, ini terjadi didunia dan dinegara sendiri,, seperti seorang anak gadis kita yang Berjaya memasuki university oxford pada usia yang muda adalah dari asal keluarga kacukan juga, Cuma disini kacukan atau berlainan agama, bukan satu alasan, Cuma yang islam mintak adalah kekebalan nya ialah pada maruah identiti dan kekuatan islam supaya jangan cinta kita hanyut bersama dengan islam kita,

Comments