“Abang, balik sekarang ye abang. Urgent!”

“Abang, balik sekarang ye abang. Urgent!”
SMS yang diterima khairul oleh isterinya ema membuat khairul  berasa cemas. Dengan sepantas kilat, khairul terus menelefon isterinya. Tapi tidak berjawab. Khairul bertambah cemas. Khairul terus keluar dari pejabat dan memecut pulang ke rumah.

Dia risaukan isteri tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya pada waktu
itu. Dia kenal ema sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Sudah hampir 20 kali
dia cuba menghubungi telefon bimbit ema tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau
kala itu, fikirannya mencelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana ema tinggal seorang diri. Sepupu ema, si akma sedang bekerja kala itu. Dia tahu, ema kerja shift pagi tadi, akma pula
berkerja  pada shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau kalau takut-takut rumah dimasuki penyamun yang memang
menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ini, ada rumah di kawasan
perumahan mereka dimasuki perompak. Dia  terus berdoa sekiranya rumah dimasuki
perompak sekalipun janganlah isreinya itu di apa-apakan, ambiklah
barang apa saja yang mereka mahu asalkan ema tidak diapa-apakan. Dia
berdoa .

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan. Sebaik sahaja berhenti
di depan rumah khairul meluru keluar dari kereta hondanya. Khairul terus membuka pintu yang tidak berkunci itu sambil menjerit "ema, ema!". Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu
bilik ema. Dia terdengar esakan ema. ema
menangis???? Betulkah?. khairul semakin cemas. Dia
ketuk lagi pintu sambil panggil nama ema. khairul tidak boleh
bersabar lagi, dia terus memulas tombol pintu bilik. Juga tak berkunci. Khairul memasuki bilik, dia nampak ema menangis teresak-esak di atas katil. Rambut isterinya
kusut masai, ema tutup wajahnya sambil menangis.
 
"em, apa yang terjadi sayang???" khairul cuba memujuk ema. ema masih dalam
sendu.  “huk.. huk..
"ema, cakap kat abang sayang, apa yang dah jadi????"

"Hu..hu" ema terus menangis.

khairul dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apa pun yang akan keluar dari mulut ema. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan
keluar dari mulut ema.


khairul goncang bahu ema. "ema, what hell is going on...tell me!!" Suara
khairul kuat kali ini.
ema berhenti menangis, ema menatap wajah khairul yang sah menjadi suaminya sejak 4 bulan yang lalu, ema tenung mata khairul sedalamnya.
"Bang, tadi ada dua orang lelaki masuk pecah pintu rumah.”
“apa yang diorang dah buat sayang, sampai rumah kita bersepah macam ni????”
“ abang, ema takut. Diorang buat ema ”
Khairul terus menarik ema dalam dakapannya. “ sayang, berhenti menangis ye. Cerita kat abang apa yang dah jadi. Abang nak tahu sayang.”
Ema terus menunjuk khairul darah yang mengalir di celah kakinya. Khairul pelik.
“darah apa ni sayang?????? Jangan cakap yang ema keguguran sayang”
“ema gugur abang! Lelaki tu rogol ema! Diorang tolak ema dengan kuat! Sakit abang.” Ema terus memeluk khairul dengan erat. Tidak mampu dia melepaskan pelukannya itu. Ema berada dalam ketakutan yang amat sangat. Ema berasa yang amat bersalah kerana merahsiakan kandungannya yang sudah dua bulan itu. Itu adalah kandungannya yang pertama.

Khairul terdiam mendengar apa yang keluar dari mulut isterinya itu. Tidak percaya musibah yang berlaku kepada isterinya itu.
“sayang, sabar ye. Mungkin bukan rezeki kita lagi untuk menimang cahaya mata.” Hampir menitik air mata lelaki khairul ketika mengeluarkan kata-kata itu.
“abang!” khairul terkejut dengan jeritan isterinya itu. Di kaki ema semakin banyak darah yang mengalir. Khairul panik. Kahirul terus mengangkat ema untuk ke hospital.
Dalam perjalanan ke hospital, khairul tak berputus putus berdoa ke hadrat Ilahi supaya ema dapat di selamatkan.

Disebelah khairul, ema tidak menyedarkan diri. Mukanya pucat tidak bermaya. Khairul terus menagis di atas apa yang telah berlaku. Die rasa salah kerana tidak mengambil tahu akan perkembangan isterinya itu. dia tidak tahu lagsung bahawa isterinya itu mengandung! “sayang, maafkan abang!”

Sesampai sahaja di hospital, ema terus di masukkan ke dlm bilik pembedahan akibat pendarahan yang serius. Khairul semakin resah risau akan keadaan isterinya yang dikasihi sepenuh hati. Khairul tidak senang duduk. Air mata di tubir matanya mengalir tidak henti. 3 jam selepas itu, pintu bilik pembedahan di buka, kelihatan seorang doktor muda lingkungan 30-an. 
Amat sukar untuk khairul tafsirkan riak wajah doktor itu.
“doktor, mcm mana keadaan isteri saya??”

Dengan rasa serba salah, doktor itu memberitahu sambil memegang bahu khairul. “ saya memohon maaf kerana tidak dapat menyelamatkan isteri awak.” “isteri awak mengalami pendarahan yang teruk dan rahimnya telah rosak.” Khairul terus terduduk menangis semahu mahunya. Sdengan sekelip mata khairul kehilangan isterinya yang tercinta. Terlalu banyak kenangan terindah yang di lalui bersama isterinya. Khairul bersyukur kerana dapat seorang isteri yang penyabar, penyayang dan sanggup berkongsi suka duka bersamanya.
“ema, abang minta maaf kerana tidak dapat lindungi ema sebaik mungkin. Abang sayang ema sampai akhir hayat abang.

Tiada siapa yang dapat ganti ema di hati abang.” “Abang halalkan semua yang abang nafkahkan untuk emaku sayang. Abang sayang ema sangat sangat. Emaku sayang, semoga ema berada disisi orang yang beriman di sana sayang. Terima kasih kerana menjadi permaisuri hati abang. Ema tetap permaisuri hati abang.

Khairul masuk ke bilik mayat, melihat sekujur tubuh yang dahulunya menjadi peneman hidupnya. Mengisi kekosongan jiwa apabila pulang daripada kerja. Sekarang semua itu hanya tinggal kenangan. “abang tak kan lupakan ema sampai bila bila sayang. Ema lah yang terbaik untuk abang. Abang cintakan ema smpai bila bila. Sampai abang mati abang tetap sayang ema seorang.” Semakin laju air mata khairul mengalir. 

Khairul mengucup dahi arwah isterinya itu. “abang sayang ema.” Muka suci di hadapanya itu di lihat dengan sayu. Tidak sanggup khairul untuk berpisah dengan isterinya itu. tapi khairul sedar ALLAH lebih menyayangi arwah isterinya itu. khairul redha dengan pemergian isterinya itu. kepada perogol yang merogol arwah isterinya itu semoga kalian mendapat balasan di dunia dan akhirat.
“isteri ku sayang, semoga abadi kau disana bersama dengan orang yang solehah.”


Mengapa…?
mengapa aku harus kehilanganmu sayang...
hatiku kini retak,remuk,dan hancur…
dulu hatiku yang slalu senang saat bersamamu
kini hilang harapan itu
kau pergi…
pergi menghadap Ilahi

seharusnya aku harus ikhlaskannya
tapi tak bisa,

air mataku terus mengalir,dan membasahi pipiku
sekarang,fikirku hanya bagaimana bisa menyusulnya
aku kehilangan jati diriku saat ini,kerana kamu…
aku hanya bisa menangis dan menagisinya,
menjerit dan rasa penyesalan yang dalam
sekarang, yang didepanku hanya raga tanpa nyawa

kau pergi,kau pergi,tinggalkanku,
hanya itu ucapnya....



Comments