AKU MENGEJAR CITA ATAU KERJA?

Sejak dari aku sekolah rendah , aku ada beberapa cita-cita. Mungkin pelik, tapi aku tak pernah nak tetap pada satu cita-cita sahaja. Biasa nya aku akan ambil 2-3 bidang yang aku rasa aku berminat untuk ceburi nya.samapai sekarang aku masih ingat lagi apa yg aku fikirkan satu masa dulu untuk ada satu pen yg boleh scan soalan dan melenggokkan badan pen itu dengan sendiri untuk menulis segala jawapan,,hahahaah kalau ada pen tu ,, maybe budak sekarang comfirm tak tahu apa2...

Selepas dari aku habis pmr aku pernah mendapat tawaran untuk pergi memasuki sekolah teknik batu pahat, dalam bidang kejuruteraan mekanikal, aku rasa aku memang mahukan bidang tu, tapi entah kenapa kaki aku tak melangkah ke sekolah tu, saat akhir aku membatalkan hasrat aku. Mak aku sebenarnya berharap aku supaya aku memasuki sekolah tersebut agar aku dapat mengikut jejak abang ku yang menjadi jurutera kapal.. maaf mak,, arul terpaksa refuse masa tu..tapi sebenarnya nyesal jugak aku tak pergi...

Di sekolah menengah aku ambil aliran sains. Aku tambah subjek dengan memasukkan seni visual dan rekacipta. Masa tu aku berkata,,sapa tahu satu hari aku akan dapat jadi seorang graphic designer or menjadi seorang jurutera. Aku tahu gerak lenggok tangan aku memang mudah untuk membuat hasil kerja mengguna kan pen dan pensil .pernah jugak dalam hati ni terlintas nak jadi dr..heheheh tapi tak tahu la macam mana..

Habis saja spm . aku cuba memohon selagi aku boleh ,.. aku pernah meminta satu tempat belajar , iaitu untuk menjadi mekanik bagi Mercedes-benz latihan diberi dan segala nya ditanggung oleh syarikat itu,, dan kalau ada rezeki aku boleh melanjutkan  pelajaran ke jerman, tapi latihan tu hanya mahukan 50 orang saja di Malaysia, dalam perebutan ni aku kalah,
Selepas itu aku pernah memohon untuk memasuki tajaan juga,, bagi syarikat Keppel shipyard . iaitu syarikat yang membuat  kapal laut dan pelantar minyak, syarikat itu berpangkalan di singapura, dan andai aku dapat aku antara 70 orang yang bertuah.

Aku juga pernah mendapat beberapa tawaran university tempatan, tapi entah la,,aku refuse sebab bidang yang diberikan aku tidak berminat, aku pernah hendak menjadi seorang pereka graphic tapi rasa macam andai kata aku memohon course tersebut ,aku sukar untuk mendapatkan pekerjaan , jadi aku tak meneruskan cita-cita tersebut.

Aku memasuki  tingkatan 6 sains, tapi entah aku rasa macam pelajaran di dalam tu tiada pengkhususan dan aku rasa aku tak dapat tumpukan dalam sesuatu yang aku minat, dan aku mengambil keputusan untuk berhenti . alasan aku pada masa itu adalah berhenti kerana ingin  mengambil course pertanian . aku siap buat kira-kira dan graph tentang bidang pertanian tersebut, dalam pada itu , aku telah menyertai temuduga dan beberapa ujian untuk menyertai tentera udara (air force) . tapi setelah difikir-fikir . sekali lagi aku refuse. Dan memberhentikan niat aku untuk menjadi seorang tentera udara.

Sepucuk surat datang ke rumah dan aku terima  satu tawaran untuk meneruskan dalam bidang kejuruteraan mekatronik, ya aku seronok dengan bidang tersebut,dan disana aku banayk belajar sesuatu, dan bercampur dengan orang agama seperti tabligh. hari berganti hari dan pabila aku hendak memasuki tahun 2 tak silap ada satu berita apabila satu dunia dikejutkan dengan keadaan ekonomi terhadap bidang automotif dan yg berkaitan elektronik..

tidak lama kemudian sewaktu aku menjalani peperiksaan ,aku menerima sepucuk surat dan aku dipanggil untuk menyambung study dengan kementerian kesihatan iaitu dalam bidang physiotherapy ( jurupulih perubatan anggota) aku tahu bidang ni sesungguhnya lari dari minat aku.
5 hari terakhir sebelum pendaftaran ke kolej tersebut  barulah aku ambil keputusan, dengan beberapa alasan dan sebab.. dan sekarang aku menunggu beberapa bulan lagi untuk menghabiskan study aku,, dan aku harap aku cepat bekerja. 

Satu impian aku ,, adalah membuka klinik rehab sendiri.dan aku ada pengkhususan dalam sport dan spinal.. harap impian tu akan jadi satu kenyataan di masa hadapan...kalau tidak tangan ini yg membantu orang lain, siapa lagi yg mahu lakukan nya.. adakah aku mengejar cita atau aku mengejar kerja. tuhan telah tetapkan rezeki ku . dan aku harus bersyukur diatas semuanya....

Comments

  1. Bagusnya kan ada impian yang mulia macam tu =)
    InsyaAllah dipermudahkan segalanya.

    ReplyDelete

Post a Comment