ANAK MAK NI LAHIR TAK GUNA BIDAN


Hari ni terdetik tatakala teringat satu perkataan yang sering terkelauar dari mulut mak aku, adalah, arul ni masa dilahirkan tak gunakan bidan dan tak rasa sakit pun,
Kadang –kadan kalau aku kenang dan aku amati ayat tu, hmmm rasa sebak jugak , seperti ada hikmah disebalik kejadian , aku sebenarnya sentiasa berharap aku tak menyusahkan orang lain dan kedua orang tua ku,

Aku memang ada satu sifat sukar utnuk meminta walaupun susah macam mana sekali pun, tapi aku tak kisah pula untuk memberi dalam pelbagai perkara.  Kadang aku berfikir aku ni lahir tak berbidan dan aku juga lahir tanpa rasa sakit, agak sukar hendak menterjemah, yelah manusia tetap manusia , dia tetap akan melakukan kesilapan, 

Macam aku sendiri, aku pernah juga melukakan hati ibuku,, aku pernah menolak beberapa tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan . aku rasa itulah keputusan aku yang paling aku menyesal, kalau tidak pasti aku sudah berlayar sekarang,, pada aku ada betulnya gerak hati mak,

Sekarang ni aku dalam bidang kesihatan. Dulu masa aku berubah fikiran semasa aku di dalam bidang kejuruteraan. Adalah kerana sifat aku hendak menolong orang lain. Aku sering berkata, kalau aku masuk bidang yang terang2 aku boleh dapat duit banayk,tapi aku tak dapat nak bantu seseorang yg aku sayang dengan tapak tangan ini pun tak guna jugak,

ALLAH tu maha berkuasa . dia yg menciptakan setiap hambanya ,. Setiap orang diberikan akal dan hati . untuk berfikir dan menilai dengan sebaiknya.
Aku berharap aku ni tidak lah menyusahkan orang tua ku ,, dan satu hari nanti siapa tahu ,ada kemanisan dalam kehidupan yg terbaik untuk aku dan semua orang.

Comments