HATI ITU SAYA IKHLASKAN UNTUK AWAK...

Angin bertiup sayup-sayup dari luar masjid. Aku yang sedang duduk iktikaf  di masjid tersebut sedang menunggu waktu masuk nya solat asar. Tiba-tiba aku teringat akan seseorang yang aku rasa paling dekat dalam hidup ku. Aku tahu aku ingin selamanya ada disamping dirinya, bila dikenang kembali apa yang aku lakukan aku berharap  tuhan ku permudahkan segala urusan ku..dan ampun kan segala dosa ku..

Lamunan aku terhenti .. seorang bilal melaungkan azan asar di masjid itu.. aku menunaikan dahulu solat asar berjemaah bersama  jemaah yang lain. Selesai dari melakukan soat berjemaah , aku bangkit lalu menunaikan solat hajat. Dalam fikiran dan doa ku hanya aku mampu agar dia bahagia. dan aku berharap satu hari nanti akan adanya peluang untuk aku berdamping dengan nya .aku mahukan dia jadi yang terbaik. dan moga tuhan sentiasa melindungi dia dan menjauhkan dia dari melakukan perkara yg dilarang oleh islam...

Selesai dari menunai kan solat, aku dapat satu sms dari seorang hamba tuhan yang pernah aku hormati dan aku sayangi satu masa dulu.. dia menyatakan bahawa anaknya kini terlantar sakit, anak nya bernama nurul.... nurul adalah seorang yang aku pernah sayangi dan kasih sayang ku tidak sekali pernah luntur dalam hati ku ini. Ibunya memberi tahu bahawa nurul mempunyai jangkitan kuman di hati,

Aku tersentap bila menerima berita tersebut.sampai sahaja aku di tempat tinggal nurul aku bergegas menemui ibu bapa  nurul, aku tahu kehadiran diri ku ini hanya akan mengundang kemarahan dari nurul . kerana aku pernah melukai hati nya satu masa dulu. Tapi aku tabah kan juga, aku tak sanggup melihat dia sakit dan terlantar, aku mahu dia sihat dan hidup bahagia seperti orang lain

Kata ibunya nurul masih lagi menunggu penderma organ. Dan akan menjalani pembedahan selepas ada penderma yang tampil memberi hati kepada dirinya. Seharian aku berfikir dan seharian aku cuba sujud dan melutut kepada yang empunya diriku ini iaitu ALLAH S.W.T agar dia tidak diseksa lagi. Pada keesokan harinya aku memberitahu kepada ibu bapa nya bahawa aku sedia menderma kan hati aku untuk dirinya. Aku tahu hati ku ini masih lagi miliknya, kini biarlah aku zahirkan apa yang sepatut nya.

Hati aku sepadan dengan dirinya. Nurul langsung tidak diberitahu tentang siapa penderma nya . aku meminta supaya ayah dan ibunya dan mereka yang terlibat agar tidak memberitahu tentang aku.
Di hari pembedahan aku redha dengan apa yang akan terjadi terhadap diri ku,, pembedahan Berjaya. Tapi aku mengalami komplikasi semasa permindahan dijalankan , aku koma didalam hospital tersebut dalam beberapa hari.nasib menyebelahi diriku untuk terus bernafas di bumi tuhan ini, dan sewaktu aku keluar dari hospital itu ibu dan bapanya ada bersama ku , aku bertanya kan tentang nurul, dan dikhabarkan pembedahan itu Berjaya dan nurul sudah semakin sihat sekarang. Aku senyum gembira.

Aku memberitahu ibu bapa nya bahawa aku akan pergi dari bumi Malaysia ini dalam beberapa bulan lagi, aku ingin menunaikan ibadat umrah . tanda aku syukur dengan segala nikmat yang diberi. Aku tahu walaupun hatiku pada dirinya dia tidak akan mungkin bersama ku lagi.
Ibu bapa nurul menyuruh aku supaya menemui nurul. Aku hanya boleh berkata  pak cik mak cik ..saya masih belum bersedia untuk berjumpa dengan dirinya, saya tahu saya pernah melukakan  dia satu masa dulu. Saya rasa tidak mungkin dia akan menerima kehadiran saya?.ibu nurul hanya dapat menjawab  mak cik tahu apa yang kamu rasa akmal. Takpelah siapa tahu satu hari nanti kamu akan berjumpa dengan dia. Mak cik nak ucap terima kasih untuk segalanya..

Beberapa bulan kemudian setelah segala peristiwa itu terjadi..aku yang baru saja beberapa hari pulang dari umrah telah pergi kesatu tempat yang aku pernah pergi dahulu . aku membawa sepotong kek yang aku beli di kedai bakeri  yang berdekatan .. aku tahu tempat ini adalah tempat yang pernah aku ungkap kata-kata janji pada nurul suatu masa dahulu . ya dalam fikiran ku dan hati ku..aku tahu dia masih lagi bertahta dalam hati ku ini..dan dia tak pernah hilang dalam fikiran aku ..

Pada petang itu tiba-tiba seorang wanita datang dan berdiri dihadapan ku. Dia memberi salam.. aku terkejut kerana yang berdiri itu adalah nurul. Dari jauh aku Nampak kelibat ayah dan ibunya. Aku risau jika ibu dan bapanya memberitahu kisah yang sebenarnya. Aku menjawab salam dengan lembut.suatu perbualan terjadi

Akmal : awak apa khabar sekarang?

Nurul : saya alhamdulillah baik..awak pula macam mana ? saya lihat awak dah lain sekarang..

Akmal  : memang saya lain . dan tak sama dengan masa dulu. Awak ingat lagi tempat ni?

Nurul : ya.. mestilah saya ingat lagipun tempat ni la yang awak buat saya happy dan tempat ni jugak kali
terakhir awak jumpa saya.dan saya pergi dan terlalu benci akan awak..

Akmal : awak masih marahkan saya?

Nurul : ya . sampai sekarang saya ingat lagi ..awak tak pernah nak hargai saya, awak tak pernah nak berkorban untuk saya,dan banyak lagi yang awak buat untuk saya sakit dan benci awak..

Akmal: habis awak tak ingat langsung apa yang saya korbankan untuk awak? Dan apa yang saya pentingkan dalam hidup awak?

Nurul : alahai ! apa je yang awak korban kan untuk saya...setelah saya pergi dari awak ,,barulah awak nak terhegeh-hegeh dengan saya.. huh! Awak ni memang macam dulu lagi kan akmal .. awak hanya tahu sakitkan hati saya saja.. awak langsung tak faham hati saya.

Akmal : nurul... itu semua dulu. Saya tak sama dengan apa yang awak kenal dulu. Dan mungkin awak boleh tolak dan terus membenci saya..tapi.......

Nurul : tapi apa lagi akmal! Awak memang takkan berubah,,saya memang takkan terima awak lagi. Dan takkan pernah ingin bersama awak. Cukup lah! Menyakitkan hati jer cakap dengan awak ni! Ingatkan dah berubah!
Perasaan benci nurul pada akmal tak pernah berubah, dan nurul sentiasa marah akan sikap akmal suatu masa dulu

Akmal : nurul....awak seorang yang baik . awak seorang yang saya sangat sayang satu masa dulu dan sampai sekarang  saya masih sayang awak.dan saya rela lakukan apa saja untuk awak. Dan mungkin awak tak tahu dan awak tak ingat tentang apa yang saya lakukan. hak awak sememangnya saya tak boleh nafikan jika terus menerus awak membenci dan menolak saya..TAPI AWAK TAK BOLEH MENOLAK HATI SAYA YANG BERADA DALAM DIRI AWAK.......

Sewaktu akmal berkata demikian dengan suara yang agak sebak..tiba-tiba nurul tersentak dengan kata-kata akmal . nurul yang tadi nya berdiri .tiba-tiba duduk  di batu berhadapan dengan tugu batu pahat.. lalu nurul menangis dan menangis.. akmal tak pernah sanggup melihat air mata nurul jatuh di pipi . akmal tahu dia pernah bersikap tidak baik satu masa dulu.. akmal cuba untuk beredar dari situ..

tiba-tiba kedengaran satu suara dari nurul.. "kenapa awak lakukan semua ni ..kenapa awak nak buat saya serba salah dengan awak ? "Nurul...saya tak pernah lupakan awak , nurul saya tak pernah sanggup melihat awak terseksa, dan saya pernah cakap yang saya sanggup mati untuk awak. Biarlah saya seorang saja yang tahu apa yang berada didalam hati saya ...satu masa dulu mungkin awak tak mengerti dan tak faham tentang cara saya . dan mungkin juga sikap saya sendiri yang leka akan awak. Saya akan lebih serba salah jika saya tak dapat jaga awak dengan sebaiknya...

Nurul terus menangis.. dan dia berkata  .saya minta maaf akmal, saya tak mengerti hati awak, saya tak pernah cuba nak faham kenapa awak buat seperti itu, saya hanya pentingkan diri saya sendiri. Saya nak orang hargai saya .tapi saya sendiri tak menghargai apa yang awak lakukan pada saya...

Aku tak dapat berkata apa , hanya yang mampu aku lakukan adalah, aku bertanya kepada nya. "nurul seandainya masih lagi ada peluang untuk kita bersama . adakah awak akan menerima saya ? " nurul hanya mengangguk. Aku capai lengan nurul dan berkata.. nurul.seandainya awak sakit saya lah yang akan menjaga sakit lelah awak. Dan seandainya awak menangis saya lah yang akan sentiasa berdamping dengan awak. Dan seandainya awak pergi dari dunia ni selamanya..biarlah saya mengikut jejak awak. Kerana awak adalah yang terkahir untuk saya dan awak juga adalah impian saya..

Setelah 20 tahun perkara itu tejadi...kini aku bahagia bersama dengan nurul, kami dikurniakan 5 orang anak dan mempunyai satu pasangan kembar.. terima kasih nurul sebab memberi  abg kebahagiaan dan menjadi isteri yang solehah.. abang sentiasa harap  keluarga kita menjadi sebuah keluarga yang sakinah.. dan akan bahagia didunia dan akhirat....

Comments

  1. is this true story of your life?

    ReplyDelete
    Replies
    1. CETUSAN DARI HATI SAJA , DISAAT SAYA RAJIN MENULIS

      Delete

Post a Comment