KUASA TUHAN


Anda tentu pernah bertanam pokok/bunga/sayur di dalam sebuah pasu.

Dengan tanah yang sedikit dalam pasu yang kecil, ia tumbuh sedikit demi sedikit dengan air yang sedikit, baja yang sedikit dan kuasa cahaya matahari yang dibina Allah.

Ia ini kemudiannya mempunyai formula tersendiri untuk membuatkan kayu, menghasilka...n buah, memanjangkan akarnya, merimbunkan daunnya - yang kemudiannya digunakan untuk mengenyangkan manusia dan haiwan.

Semua yang Allah buat bermula daripada tanah, air, mineral dan cahaya matahari.

Formula mencipta ini sehingga kini tidak mampu dicipta manusia untuk membuat makanannya sendiri. Apakah kita masih sangsi kewujudan Allah? Apakah kita masih sangsi bahawa semuanya adalah ciptaannya?

Ingatlah antara satu telefon berkata kepada satu telefon yang lain, bukan kehebatan manusia, tapi kehebatan mineral semulajadi yang dicipta Allah, manusia cuma menemui cara menyusun mineral-mineral tersebut (kuprum, silicon, boron dan sebagainya) supaya ia berfungsi sebagai telefon.

Hebat tak Allah? Segala ramuan yang diperlukan telah diciptakan, kemudian ciptakan manusia yang diberi akal untuk menemui formula untuk mengaplikasikan ciptaannya.

Jika tidak, mengapa tidak semua berfikir seperti lembu sahaja.

Hayatilah kebesaran dan kehebatan Allah. Tingkatlah taqwa kepadanya - Allah-lah maha mengetahui dan maha segalanya. SENYUM.

Comments