CINTA ALLAH MELEBIHI CINTA PADA MAKHLUK : ANDAI SAYANG CUBA USAHA UNTUK BAWA KE SYURGA

ASSALAMMUALAIKUM,,,, KEPADA JIWA-JIWA YANG TENANG

Sebagai seorang insan normal memang tak lari nak ada cinta daripada makhluk. sehinggakan kadang kita terleka umpama mimpi . saat bahagia sudah pasti tidak mahu ia remuk .

SIAPA YG EMPUNYA CINTA ??
cinta itu datang dari ALLAH . Dia memberikan sedikit nikmat supaya kita disayangi dihargai dan sekaligus mendapat cinta yg sejati . tapi bagaimana kita menguruskan cinta agar cinta itu diredai ALLAH ??
cinta datang dari hati . dan hati yg mengerakkan fizikal kita untuk melakukan apa untuk cinta ...

first of all hakikat sebenarnya andai benar menyintai seorang hamba jangan la pula anda melupakan cinta kamu pada ALLAH . cinta kamu pada ALLAH mestilah lebih dari kamu cinta pada insan lain . rindu kamu pada rasullullah mestilah melebihi dari kamu rindu pada insan lain ... kenapa saya katakan begitu... kerna ALLAH adalah empunya hati kamu, maka kamu tidak akan berasa terlalu kecewa jika kehilangan seseorang. tidak akan berasa terlalu berharap kerna kamu tahu segalanya bersifat sementara...

'' bersyukur bila ALLAH berikan sedikit rasa kasih dan sayang untuk kamu rasai antara kamu dan insan''

bila dah sayang mesti kamu nak yg terbaik untuk si dia kan ... so apa agaknya yg terbaik selain boleh membawanya ke syurga .. jadi sekali gus sebenarnya kamu cuba untuk update diri kamu unuk memimpin diri dia untuk ke syurga .. bahagia di dunia dan akhirat.. update dan terus update. 

jika sayang . kamu mesti tahu juga menjaga maruahnya.. maruah wanita bukan suatu barang yg boleh dibawa kesana kemari . ia sangat fragile .. kerna itu lebih baik menjaga maruahnya,, tak usah nak date selalu.. bukan tak sayang . tapi hakikatnya kamu menghindar fitnah . wanita susah nak faham ?? insyaallah kalau kamu terangkan dengan baik . dia tahu apa yg kamu fikirkan adalah untuk kebaikan.. 

sebenarnya kalau tak couple pun takpe, asal dua hati itu tahu .. kalau dah jodoh dan ada usaha unuk bawanya ke syurga . jumpa saja kedua orang tuanya... minta restu dan minta diijabkabulkan .. bukan mudah kan tapi hakikatnya ITULAH CARA YG TERBAIK.. IN SYAA ALLAH DIPERMUDAH . ANDAI KATA TIADA . MUNGKIN BELUM SAMPAI WAKTUNYA UNTUK KAMU BERSAMA . DOAKAN ANTARA SATU SAMA LAIN . ALLAH MENJAWAB PERSOALAN DIDALAM DOA KAMU MENGIKUT APA YG ALLAH TELAH RANCANG UTNUK KAMU . SEBAIK PERANCANG IALAH ALLAH YG MAHA ESA. DIA TEMPAT KEMBALINYA KITA ........





DAN KU NASIHATKAN PADA JIWA-JIWA YG TENANG .. SOLAT ISTIHARAH ADALAH JALAN YG TERBAIK..... 

Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.


Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:

"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".

Comments